Thursday, July 5, 2012

Redha-MU yang di Harapkan




Kata Orang...
Sesat di dunia ada yang sudi menunjukkan jalan keluar...
Sesat di akhirat hanya amalan kebajikan menyelamatkan diri..

Ya Allah, jadikan matlamat hidup kami hanya untuk mendapatkan redhaMu di dunia dan akhirat...
Aamiin ya Robbal a'lamin...

ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥

KeRana KiTa BuKaN SeMpUrna

Janganlah mudah mengHUKUM seseorang di atas KESILAPANNYA...

Kelak kita akan buta dengan KESILAPAN dan KEKURANGAN diri KITA...



Kerana kita bukan sempurna........

Tuesday, July 3, 2012

Pizza Acit

Assalamualaikum sahabat2ku.. Apakhabar semua? Harap sihat2 blake la ye..pejam celik pejam celik,, hari ni kita dah masuk bulan Sya'aban (13 Sya'aban 1433)..bermakna tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan..insyaAllah.. Jadi, apakah persiapan fizikal, mental dan rohani kita untuk menyambut kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK nanti??? Tepuk dada tanya la iman :) Semoga amal ibadat kita nanti tidak sia2 dan diterima oleh Allah s.w.t...^^ ok tutt!!!

Kali ni saya nak kongsi resipi 'Pizza Acit'..nanti boleh lah buat juadah untuk berbuka puasa..kalau buat time bulan puasa kan..ok resipinya ada kat bawah ni yer...



Bahan-bahan (2 biji pizza: saiz 8"):
~500 g tepung roti
~12 g garam
~8 g yeast
~16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
~250 ml air suam

Topping:
~shredded pizza cheese secukupnya (atau kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)

~pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.

~tomato paste secukupnya.



Cara-cara:

> Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.

> Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.

> Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.

> Letak kan topping pilihan.

> Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.

> Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato dan sebagainya...

Selamat mencuba!!!

p/s: oppsss!! ni saya ambik resipi dari kawan saya (acit or siti salehah)..dan gambar piza kat atas tu pun saya copy paste dari FB dia (Zaharudin Acit)..hehe..sbb tu nama tajuk pun 'pizza acit'..hehe tq acit cyg;)

SWISS ROLL



SWISS ROLL

Bahan A:
~3 biji kuning telur
~75gm gula kaster
~50ml air
~40ml minyak jagung / minyak masak
~80gm tepung gandum - ayak
~1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
~3 biji putih telur
~2 sudu teh gula kaster
~1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C:
~jem yang disukai dan pewarna


Cara-cara :

1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. (kalau xde piping bag,, bleh guna beg plastic dan digunting bucunya) Pipe ke atas loyang bentuk atau corak yg disukai...

4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.

5. Tuang baki adunan ke atas corak tadi... ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim atau jem dgn rata kemudian gulung dengan perlahan-lahan.

7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

* selamat mencuba!! ^^

Friday, June 29, 2012

Rakaman ~ Wacana Perdana Siri 11



Klik pautan di bawah ini untuk menonton:
Rintihan Seorang Hamba: [Rakaman] Wacana Perdana Siri 11: PRU 13 - Masa Depan Islam?

Tajuk: Wacana Perdana Siri 11: PRU 13 - Masa Depan Islam?
Moderator: Amin Idris
Panelis: Dr Fadzli | Ust Fathul Bari | Dr MAZA | Dr Ridhuan Tee
Tarikh: 24 Jun 2012 Ahad 9.00 Malam
Tempat: Balai Islam Kota Bharu 

Thursday, June 28, 2012

TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA..



Seminggu telah berlalunya bulan Rejab meninggalkan kita. Hari ini telah masuk 8 Sya'aban 1433. Maka semakin terasa dekatnya untuk diri kita bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. (Kalau sesiapa yang masih ada berbaki lagi puasa ganti tu cepat-cepat la habiskan ye..:-) Di sini saya bukan nak ceritakan tentang bulan puasa. Tetapi ingin kongsi sedikit cerita peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rejab. Walaupun bulan Rejab sudah berlalu ia sebagai pengajaran dan peringatan buat diri kita untuk selamanya.. Ehemm.. Pada bulan Rejab berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah S.W.T. menjadi tetamu~Nya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.


Antara yang terpenting perlu kita ambil ikhtibar dari peristiwa itu ialah renungan untuk para wanita dan khususnya diriku sendiri sekali pun peringatan ini sentiasa kita dengar setiap kali tibanya bulan Rejab.

********************************

Sayidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya: "Mengapa Rasulullah s.a.w. menangis." Beliau menjawab: "Pada malam Mi'raj aku telah melihat beberapa golongan wanita dari umatku berada dalam siksaan yang sangat pedih. Ini adalah disebabkan kesalahan mereka itu sendiri, maka sebab itulah aku menangis kerana kasihan melihat akan mereka".

Lalu Sayidina Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah yang telah anda lihat?". Maka berkata Rasulullah s.a.w.: "Aku telah melihat orang-orang perempuan yang menghadapi seksaan antaranya":-

"Aku melihat perempuan yang tergantung rambutnya, dibakar di atas api neraka dan mendidih otaknya.

Aku melihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku melihat perempuan yang digantung buah dadanya dan buah Zaqum dimasukkan ke dalam mulutnya dan bergelegak isi perut dan otaknya, serta keluarlah pula api yang sangat panas menyala-nyala dari mulutnya.

Aku melihat perempuan digantung dan ia memakan dagingnya sendiri dan api neraka dinyalakan dari bawahnya.

Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking.

Aku melihat perempuan yang digantung keadaannya buta tuli dan kelu. Keluar dari kerongkongnya api neraka serta keluar pula dari otak, telinga dan seluruh badannya dengan bau yang sangat busuk dan memutar-mutar bagaikan orang yang sakit teruk.

Aku melihat perempuan yang digantung dan segala badan dagingnya dipotong dari hadapan hingga ke belakang dengan gunting api neraka.

Aku melihat perempuan yang digantung kepalanya berupa babi dan tubuhnya seperti himar beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku melihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung (kayu pemukul) dari api neraka." kata Nabi s.a.w.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab:

"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti suaminya.

Perempuan yang digantung dua buah dadanya adalah kerana memberikan air susunya (untuk menyusui anak orang lain) tanpa izin suaminya.

Perempuan yang digantung dan memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang digantung kedua kakinya terikat kepada dua susunya dan ubunnya serta beberapa ekor ular dan kala menggigit dan memakan akan daging dan menghisap darahnya adalah perempuan yang tidak mensucikan badannya dari haid, nifas, tidak mandi junub dan meringan-ringankan sembahyang Fardhu.

Perempuan yang digantung dalam keadaan buta, tuli, kelu dan berada dalam kurungan api neraka adalah perempuan yang melahirkan anak dengan cara berzina dan memberikan nama pada anak itu dengan mengggunakan nama bin dan binti suaminya.

Perempuan yang digantung dengan dua kakinya dilipat ketengkoknya adalah kerana perempuan itu keluar dari rumah tanpa izin suaminya.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah perempuan yang sangat suka mengadu domba (mengumpat) dan berdusta.

Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka membangkit-bangkitkan pemberian dan suka dengki mendengki".

Akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Awaslah wahai permpuan-perempuan yang derhaka kapada suaminya".

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Sahabatku sekalian, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. yang kita kasihi telah diperlihatkan keadaan azab seksa yang ditimpakan kepada umatnya yang melanggar larangan Allah S.W.T. ketika beliau di isra' dan mikraj. Kemudian beliau sampaikan kepada puteri-puteri dan sahabat-sahabatnya. Lalu ia berterusan sehingga sampai kepada kita hari ini.

Kita sedar akan azab itu amat pedih maka jauhilah segala larangan Allah S.W.T. dan bimbinglah orang-orang yang dibawah pimpinanmu dengan baik dan ingatkan mereka akan azab yang akan mereka lalui seperti mana yang telah Rasulullah s.a.w. nyatakan. Moga kita semua terselamat dari azab tersebut baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Sunday, June 24, 2012

Suatu Perjalanan.....




✿~ seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..
~ airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..

✿~ begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..
~ tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya.. ~✿