Tuesday, July 3, 2012

Pizza Acit

Assalamualaikum sahabat2ku.. Apakhabar semua? Harap sihat2 blake la ye..pejam celik pejam celik,, hari ni kita dah masuk bulan Sya'aban (13 Sya'aban 1433)..bermakna tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan..insyaAllah.. Jadi, apakah persiapan fizikal, mental dan rohani kita untuk menyambut kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK nanti??? Tepuk dada tanya la iman :) Semoga amal ibadat kita nanti tidak sia2 dan diterima oleh Allah s.w.t...^^ ok tutt!!!

Kali ni saya nak kongsi resipi 'Pizza Acit'..nanti boleh lah buat juadah untuk berbuka puasa..kalau buat time bulan puasa kan..ok resipinya ada kat bawah ni yer...



Bahan-bahan (2 biji pizza: saiz 8"):
~500 g tepung roti
~12 g garam
~8 g yeast
~16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
~250 ml air suam

Topping:
~shredded pizza cheese secukupnya (atau kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)

~pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.

~tomato paste secukupnya.



Cara-cara:

> Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.

> Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.

> Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.

> Letak kan topping pilihan.

> Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.

> Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato dan sebagainya...

Selamat mencuba!!!

p/s: oppsss!! ni saya ambik resipi dari kawan saya (acit or siti salehah)..dan gambar piza kat atas tu pun saya copy paste dari FB dia (Zaharudin Acit)..hehe..sbb tu nama tajuk pun 'pizza acit'..hehe tq acit cyg;)

No comments:

Post a Comment